Aktiviti mewarna Kelas Darjah Saya bersama KEMAS Kaktus 1

8 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

7 Mei 2024, Selasa - Pusat Sebaran Maklumat Nasional Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan aktiviti mewarna Bersama KEMAS Kaktus 1. Aktiviti ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 30 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini. Kelas ini juga turut dibantu seorang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam10.00 pagi dan diakhiri pada jam 11.00 pagi.

Aktiviti ini mengenai pengenalan ‘Kelas Darjah Saya’. Adik-adik tabika diberikan kertas dan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan sambil belajar mengenai kelas saya. Aktiviti ini dapat menguatkan motor skills tangan kanak=kanak. Kelas di akhiri dengan senaman Permata MAWIP dan tayangan video Omar dan Hana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas